Sunday, June 19, 2011

Hikayat Steve si Lembu Eropah. Part 4



Sementara itu di hujung kampung, di kandang berupa suite, Steve sedang enak bersantai sambil menonton rancangan kegemaran beliau iaitu American Next Top Model. Steve ditemani oleh Maria, seekor lembu janda meletup di Kampung Lipat Tepi. Sambil memicit-micit badan Steve, Maria menyuapkan rumput stadium Wembley ke mulut Steve. Steve benar-benar dilayan bagaikan raja. 

Pak Karim hanya memerhatikan sahaja pasangan itu dari jauh. tidak sampai hati pula rasanya untuk dia mengacau daun. Apa yang penting baginya ialah kebahagiaan lembu kesayangannya itu. Biar cukup makan zahir batinnya. Baginya, Steve adalah segala-galanya. Beliau sanggup berhabis asalkan dapat memenuhi keperluan Steve. Pernah pada suatu hari Steve mogok tak mahu makan kerana merajuk Pak Karim tidak membelikannya belon ketika berjalan di bandar, haru biru Pak Karim jadinya. Sudahnya terpaksa la Pak Karim menyewa khas belon udara panas untuk membawa Steve bersiar-siar di udara.

Setelah menonton rancangan American Next Top Model, Steve bangun dan mula menjeling gatal kepada Maria. Rancangan berunsurkan 18sx itu benar-benar menaikkan mood Steve untuk bertempur. Maria tersenyum malu-malu kucing walaupun sedar yang dirinya tetap lembu, dia cuba juga untuk beraksi gatal seperti kucing. Steve mengangkat kening memberi isyarat. Maria makin mengucing. Mereka berdua pun beriringan menuju ke bilik khas yang disediakan oleh Pak Karim sebagai tempat untuk mereka beradu. Walaupun lembu, mereka tahu malu.

Sementara itu di padang tempat berkumpulnya lembu-lembu Kampung Lipat Tepi, keadaan makin panas dengan kepulangan Saiful secara tiba-tiba itu. Lebih panas lagi keadaan Saiful yang telah berubah sepenuhnya menjadikan beliau kelihatan sangat macho seperti Sazali Samad dalam versi lembu. Leman terutamanya adalah lembu yang paling batak sekali waktu itu. berkali-kali beliau menggosok mata, menarik pipi, menggigit lidah dan menarik bulu ari-ari sendiri untuk memastikan dirinya tidak bermimpi. Sudahnya, mata berpinar, pipi lebam, lidah berdarah, ari-ari cedera ringan, muka tetap hodoh. Leman gagal kerana dirinya tidak bermimpi.

Sarip yang telah sedar dari pengsan terpinga-pinga dengan keadaan yang riuh rendah ketika itu. Sejenak dia tersedar tentang punca kepengsanannya. Ya! Apa yang dilihatnya benar. Saiful yang dulunya menjadi mangsa buliannya kini telah berubah. Hilang arah dia memikirkan tentang apa yang baru dilihat dengan mata lembunya sendiri. Dulunya Sarip pernah menyuruh Saiful membersihkan telinganya dengan cara menjilat. Dulunya Sarip pernah menyuruh Saiful menjadi papan skate boardnya kerana terpengaruh dengan game 'Tony Hawk Pro Skater'. Itu semua dulu...(bersambung)

3 comments:

  1. ngeh ngeh ngeh... haha saya tunggu sambungannya!

    ReplyDelete
  2. haha.. tunggu la.. takleh nak update skang.. bz.. time kasih baca..

    ReplyDelete
  3. bro tlong buat sambungan bro..dah sangap nk baca ni..dah dua taon tggu ni..kehkeh

    ReplyDelete