Thursday, June 16, 2011

Hikayat Steve si Lembu Eropah.

Steve adalah seekor lembu import dari New Zealand yang menjadi kesayangan pemiliknya, Pak karim. Sayangnya Pak Karim pada Steve ni disebabkan kerana rupanya yang elok, berkulit gebu, tegap, mantap, sasa dan segala macam keelokan lagi yang layak dimiliki oleh seekor lembu. Steve juga dikurniakan dengan wajah yang tampan, kacak dan pandai bergaya ala-ala David Beckham menyebabkan beliau mampu untuk memikat mana-mana anak dara lembu betina dengan sekali kenyitan mata. Ini menyebabkan Steve menjadi bongkak, berlagak dan riak dek kerana keadaannya yang sempurna yang harus dicemburui oleh lembu-lembu jantan lain terutamanya lembu tempatan.

Steve juga telah diangkat menjadi 'lembu emas' Pak Karim kerana kecekapannya dalam menguruskan kerja-kerja sawah dengan pantas dan efisien tanpa mengambil rasuah dari mana-mana pihak. Disebabkan itu, Pak Karim telah menyediakan kandang berupa suite mewah yang dilengkapi dengan set home teater dan set katil king size sebagai tempat untuk Steve tinggal. Di kandang berupa suite itu juga terdapat peti ais yang dipenuhi dengan makanan dan minuman berkelas satu, contohnya rumput Stadium Wembley dan air 'Koka-Kola'. Betapa dalamnya kasih sayang Pak Karim pada Steve kerana setiap hari pada waktu makan Pak Karim akan menempah kek khas berperisa rumput dari Secret Recipe.

Keadaan ini menimbulkan rasa cemburu yang amat dalam kepada Leman, seekor lembu tempatan asli belaan Pak Karim yang bertanduk pendek dan sudahlah tanduk pendek, hodoh ya amat pula tu. Pak Karim selalu memberat sebelahkan Steve dalam soal kasih sayang dan layanan istimewa. Pernah pada suatu hari Leman cuba untuk memasuki ke kandang berupa suite Steve dengan niat untuk berborak petang-petang sambil minum kopi tetapi niat beliau pantas dihalang Pak Karim dengan libasan ekor pari tepat ke bontot Leman. Ini menyebabkan Leman berasa kecil hati dan merajuk. Sejak itu Leman mula menjauhi Steve kerana amat mendendami lembu keparat itu.

Lalu pada suatu hari Leman mengatur satu rancangan iblis untuk menjatuhkan Steve... (bersambung)

4 comments: