Friday, June 17, 2011

Hikayat Steve si Lembu Eropah. Part 3

"Woooiih!"


Jerit satu susuk tubuh lembu tegap dari kejauhan. Bukan tegap main-main. Tegap jenis ada ketul-ketul. Tegap jenis angkat besi punya badan. Dan tubuh tegap itu melangkah segak merapati keramaian himpunan lembu-lembu Kampung Lipat Tepi. 


Hadirin menjadi cuak melihat langkahan gagah tubuh tegap itu. Lantas suasana menjadi sepi seketika. Seolah bumi dilanggar garuda. Seolah melihat pintu gol Malaysia dibolosi pada saat terakhir dalam final piala dunia. Begitu sepi suasana ketika itu. 


Sarip sebagai ketua lembu di Kampung Lipat Tepi cuba mengamati gerangan siapakah yang berani menganggu mesyuarat tergempar itu. Dengan pengalaman yang ada, Sarip cuba membuat lawak untuk menghidupkan suasana yang semakin bisu dek kerana langkahan tubuh tegap tadi yang semakin merapati mereka. Niat di hatinya agar hadirin yang ada akan mengalih perhatian kepadanya. Tetapi, lawak Jozan yang ingin dipersembahkan diterima bagai lawak Amir di dalam Maharaja Lawak. Tiada ketawa ikhlas yang terbit dari mulut para hadirin. Mereka berusaha untuk gelak dengan cuba menggeletek tapak kaki mereka, tetapi apa yang keluar hanya ketawa kesian yang nampak palsu semata-mata. Sarip kecewa.


Tubuh tegap tadi mengambil tempat Sarip yang berdiri di sebelah al-Fadhil Ustaz Amirul.


"Hangpa semua tak kenai aku ka? ni aku la Saiful..."


Kata si tubuh tegap tadi kemas sambil melempang kepala Sarip yang tak reti duduk diam dan kelam kabut sebijik macam Amir.


"Hah?! Saiful?! Saiful Jubo tu ke?!"


Jawab lembu-lembu secara berjemaah.


"Erk? Hmmm..."


Tubuh tegap menjawab secara mengeluh.


Sarip pengsan. Leman hampir pitam. Manakala al-Fadhil Ustaz Amirul pula terkejut lantas terangkat kopiah yang berada diatas kepalanya tepat di antara kedua-dua tanduk sambil jarinya semakin laju mengira tasbih dengan mulut yang terkumat-kamit. Tidak jelas apa yang dituturkan oleh al-Fadhil Ustaz Amirul dalam keadaan yang serba tak kena itu. Ada pula lembu yang berbuih mulut diserang sawan secara tiba-tiba. Tak kurang juga ada yang menggigit tanduk kawan sebelah. Mereka semua terkejut dan tidak percaya dengan apa yang dilihat mereka. Saiful. Satu nama yang sangat dekat dengan mereka. Dekat bukan kerana kepintaran atau karismanya, tetapi kerana satu peristiwa yang sangat-sangat menggemparkan mereka. 


Dahulunya Saiful adalah seekor lembu yang lembut. Bukan jenis lembut biasa-biasa. Tapi jenis lembut jari lentik. Jenis lembut yang menjerit auuww bila kena cubit puting tetek. Jenis lembut belakang Chow Kit. Saiful pernah menggegarkan Kampung Lipat Tepi kerana mengaku telah dijubo oleh Ali Mahat, seekor lembu yang dipandang tinggi ketika itu. Lembu yang menjadi pemimpin kepada persatuan lembu-lembu peringkat kebangsaan. Ketika itu kedudukan Ali Mahat sangat kukuh. Nama Ali Mahat meniti di bibir-bibir masyarakat lembu seluruh negara kerana telah memperkenalkan kaedah penanaman rumput secara hidroponik. Ali Mahat adalah seorang pemimpin yang berdedikasi dan sangat dekat dengan lembu. Beliau telah membawa pembaharuan di dalam struktur kepimpinan Persatuan Lembu sekaligus menghapuskan gejala rasuah yang sangat teruk melanda ketika itu. 


Tetapi tindakan dan ketegasan Ali Mahat dalam memimpin tidak disenangi oleh beberapa ekor lembu berpangkat Dato'. Bagi mereka Ali Mahat telah mengacau periuk rumput mereka. Ali Mahat bukan sahaja telah menabur pasir kedalam rumput, malahan telah berak ketika mereka sedang meragut rumput. Keadaan ini menimbulkan perasaan amarah kepada mereka. Lantas Ali Mahat dijatuhkan oleh musuh-musuh politiknya. Mereka telah menuduh Ali Mahat sangat kuat bermain jubo. Saiful telah diperkambinghitamkan dengan tujuan supaya Ali Mahat jatuh. Ketika itu musuh-musuh politk Ali Mahat telah memberi rumput yang mahal dan gred A yang hanya ada di stadium Manchester United. Saiful yang kelabu mata lantas menerima pelawaan mereka tanpa memikirkan mak bapak di kampung. Apa yang dia nampak ketika itu hanyalah keenakan menjamah rumput yang diperkaya dengan vitamin C itu. Selepas memberi pengakuan palsu di mahkamah lembu negara, Siful menghilangkan diri. Bertahun-tahun lembu-lembu tidak melihat Saiful. Saiful menghilangkan diri bersama himpunan longgokan rumput-rumput gred A sebagai habuan perjanjiannya dengan musuh politik Ali Mahat.


Tapi kini keadaan sudah berubah. Saiful tidak lembut lagi. Malah telah berubah menjadi jantan sebenar. Dengan halkum tersembul dan bahu yang berotot kekar diikuti pula sepasang tanduk yang sangat panjang dan tajam berwarna hitam pekat. Kejantanan Saiful benar-benar terserlah. Beliau telah berubah sepenuhnya. Tiada lagi lenggok-lenggok gatal bagai itik patah pinggang. Tiada lagi lipstik merah menyala dibibir Saiful. Tiada lagi rengekan di setiap hujung ayat bila berkata-kata. Semuanya berubah jantan. Kembali ke asal. Pulangnya Saiful membawa satu hajat besar...(bersambung)









2 comments:

  1. tade org komen ea sbb tu sruh komen ea?
    HAHA
    pape pon best ayt dlm story ni :)

    ReplyDelete