Sunday, June 19, 2011

Bolasepak

Gua nak cerita tentang keakraban gua dengan bola. Dari sejak gua lahir lagi abah gua dah hadiahkan gua bola. Sebab abah gua nak asah bakat gua supaya suatu hari nanti gua dapat bermain bola dengan hebat dan tak makan rasuah. Pada masa gua kecik lebih kurang dalam umur lima enam tahun tatkala masyarakat sebaya gua sibuk dengan ultraman dan gaban, gua turun berlatih bola petang-petang dengan abah gua. Setiap hari gua menantikan kepulangan abah gua untuk mengambil gua dan bawa turun ke padang. Hebatnya gua pada masa tu ialah gua boleh meng‘ayam’kan abah gua dengan selamba dan tawaduk. Gua tau abah gua bukan saje-saje bagi gua ayamkan dia tapi sebab gua memang power. Setiap petang abah gua akan berpeluh-peluh mengejar gua yang ligat berlari sambil meninggalkan bola di taman. Haa nampak? Power kan gua.

Disebabkan bakat gua yang luarbiasa hebat, pada usia gua 10 tahun gua dah terpilih untuk menjalani latihan di FAM. Okey ini cerita betul. Gua terpilih setelah seorang pencari bakat telah berjaya mengesan kehebatan gua semasa pertandingan bolasepak antara sekolah-sekolah. Kalau lu orang kenal nama Titus James Palani, lu orang akan tahu betapa hebatnya gua pada masa tu. Mamat tu pernah menjadi partner striker gua dalam skuad bawah 12 tahun kebangsaan. Kehebatan kitorang dibawa hingga ke Filipina untuk dibelasah tanpa belas kasihan oleh pasukan-pasukan sana. Lu bayangkan masa tu semua masih muda dan anak mak. Jadi kami takde semangat sangat nak main pasal rindukan keluarga. Sebenarnya gua rindu nak tengok cerita Power Rangers petang-petang. Kalau kitorang main betul-betul gua jamin yang budak-budak sana akan insaf dan taknak main bola atau mendengar sesuatu tentang bola lagi. Pehh!

Naik sekolah menengah gua dah tak main untuk kebangsaan lagi. Ini disebabkan komitmen gua pada aktiviti awal remaja seperti lastik burung, lumba basikal, lempang adik-adik, main saham, baling batu kat rumah tok ketua, dan menembak. Okey menembak gua tipu. Gua masih lagi main bola tapi gua lebihkan aktiviti remaja gua. Sebab satu hari nanti gua ada benda yang nak diceritakan pada anak-anak gua. Barulah nampak ada life kan? Gua main peringkat negeri je masa tu. (Sebenarnya gua tak terpilih untuk peringkat kebangsaan) Jadi kehidupan remaja gua pada masa tu amat menyeronokkan. Gua mula belajar mengenali rokok. Tu la punca kemerosotan prestasi gua. Pengaruh dari kawan-kawan yang berperangai iblis telah merosakkan masa depan negara kerana belia macam gua ni mampu untuk membawa perubahan besar dalam arena bolasepak negara. Lu bayangkan kalau gua terus main bola, dah tentu Malaysia dapat merasa pegang World Cup paling kurang tiga empat kali. Sila kagum.

Lepas sekolah gua teruskan juga aktiviti main bola. Balik kerja gua akan singgah di padang untuk menunjukkan kehebatan gua kepada brader-brader yang main bola di padang sekolah gua. Brader-brader tu sampai nak mintak sain kat dada lagi gua cakap lu. Tak caya tanya gua. Macam-macam orang gua kenal sepanjang penglibatan gua dalam sukan nombor satu dunia ini. Gua pergi bermain ke setiap pelusuk negeri membawa bersama misi dan visi mencari awek luar. Lu bayangkan, gua dah la hensem, terer lak tu, mane tak senang dapat awek. Gua kenyit sikit je dahi awek-awek dah berpeluh.

Tapi masa umur gua 20 tahun gua terpaksa lupakan bolasepak selamanya. Lutut gua mungkin dengki pada gua. Gua dah tak mampu untuk menahan kesakitan setiap kali beraksi. Kejadian tu terjadi masa gua main petang-petang dengan brader-brader yang memandang tinggi pada gua yang gua cakap tadi. FAS taknak menanggung kos untuk pembedahan gua sebab gua dah langgar kontrak dengan main petang-petang. Kalau kecederaan tu berlaku di bawah pemantauan FAS, diorang akan tanggung. Kejadah apa nak main dengan kawan-kawan pun tak boleh? Bukan sikit-sikit. RM20k++ kos yang diperlukan untuk menjalani pembedahan supaya lutut gua kembali normal. Jadi gua terpaksa tinggalkan bolasepak demi kebahagiaan isteri gua satu hari nanti. Kahwin esok lutut mau kuat ye tak? Dan negara kehilangan sebutir bintang.
   

3 comments:

  1. nampak bakat ko bro..
    seronok dibaca.
    teruskan kawan

    ReplyDelete
  2. thanx eross. lu pun jangan berenti menulis.

    ReplyDelete
  3. hahaha.

    bagus. mmg utk kebahagiaan bakal isteri lu :)

    ReplyDelete