Saturday, October 30, 2010

Batu

"hey, kau nak ikut aku?"

"pergi mana?"

"jadi batu. nak?"

"batu?"

"yup, batu."

pantas aku tarik tangan kau bawa berlari. kau tercungap, aku tak peduli. aku mahu kau kenal diri aku. dunia yang hanya ada dua pilihan. separuh gelap atau sepenuhnya gelap. tak mungkin akan sentiasa terang. tak mungkin.

"lambat! cepat kejar aku."

"tak mahu. penatlah bongok. jangan laju sangat."

aku dan kau sampai di satu tasik. malam. gelap. tiada orang. yang ada hanya batu. aku capai satu batu, aku lontar.

1 2 3. tenggelam. 3 kali lantun.

aku capai satu batu lagi, aku lontar lagi.

1 2 3 4. tenggelam. 4 kali lantun.

"batu tu macam aku."

"kenapa?"

"selalu ditemani kegelapan kala malam. selalu dilontarkan masalah. kalau tak usaha melantun keluar, pasti akan gelap selamanya. aku masih mahu rasa cahaya hari esok."

"aku tak paham."

"batu selalu dilontar. mungkin akan tenggelam dalam air. setiap kali mahu tenggelam, batu akan cuba lantunkan diri. keluar dari air. tak mahu tenggelam. tak mahu gelap selamanya."

"tapi tetap akan tenggelam akhirnya. tetap akan sentiasa gelap akhirnya."

"tak, kau salah. batu yang tenggelam sebab bergerak ke bawah. kalau bergerak laju ke hadapan, pasti tak tenggelam."

aku capai satu lagi batu. aku baling laju ke hadapan.

1 2 3 4 5 6 7 8 9.....terus melantun sampai ke seberang.

"kau tengok! batu tu hidup. itu aku."

"poyo! tapi aku sayang kau. aku nak bersama kau."
*senyum*

"tapi hidup aku tak sentiasa terang."

"tak, kau cahaya aku. kau banyak ajar aku erti hidup."

"aku tahu. aku kan orang penting."
*ketawa*

kau cubit lengan aku.

"poyo!"
*senyum lagi*

kau dan aku baring. kau dan aku pandang ke langit. malam itu banyak bintang. malam itu bulan terang. aku lupa adakalanya mampu sentiasa terang. kau dan aku lena di situ. esok pagi hidup akan lebih terang. aku pasti itu.

6 comments:

  1. wahh..penceritaan yg agk best..like2..:))

    ReplyDelete
  2. haha , ada stlye . puitis sungguh entry anda :)

    check this out
    http://bantalhaticoklat.blogspot.com/2010/12/wrong-prediction.html

    ReplyDelete
  3. unik betul peng"story"an ko ni...

    ~http://kampungfootball.blogspot.com~

    ReplyDelete