Saturday, October 19, 2013

Menuju Bintang

Aku terbang
cari bintang
mereka kata
bintang terang

aku tahu
memang terang
aku mahu
sendiri pandang

jadi
aku terbang

belum tinggi
belum
belum lagi
aku gayat

pandang bawah
banyak musnah
pandang atas
tunjuk tanah

ahh peduli apa

aku tahu itu tanah
aku tahu 
yang di atas
pasti rebah

terbang lagi
tinggi
tinggi


Sesudah Klimaks

Aku ke utara
Kau selatan
Punggung berlaga
Kita pengsan

Hela nafas
Desah
Tarik nafas
Gelisah

Sepi
Kelam dan sunyi

Angin berderu

Aku peluk aku
Kau peluk kau
Mata sayu
Hati galau

Pejam

Tik tok tik tok
Tik tok tik tok

Tak lena...


Saturday, June 8, 2013

Kembali

Dah berzaman aku tak jenguk blog ni. Entahla. Dulu seronok baca orang menulis sampai aku sendiri buka blog untuk menulis. Lepas tu setan datang pijak kepala dah malas menulis. Dulu masa buka blog ni ada macam-macam aku nak letak, ada macam-macam aku nak kata, ada macam-macam aku nak komen, bila dah lama-lama, lalai dengan dunia, lalai dengan makwe, lalai dengan kotey, aku jadi malas. Malas yarabbi.

Sekarang dah berubah. Aku pun dah ada tanggungjawab, dulu 6 inci dah sekarang naik 7. Dulu kiut sekarang hensem. Dulu kurus sekarang gemok. Dulu rambut panjang sekarang pendek. Dulu gua sekarang aku. Ye, aku. Perubahan seiring dengan kematangan.

Kenapa matang? Sebab sekarang aku dah tak peduli dengan gaya aku, rambut aku, diri aku. Yang aku fikir macam mana nak cari duit, nak kumpul harta, nak tolong mak abah, nak bantu adik-adik, nak itu nak ini. Cilake apahal emosi pulak ni?

Aku pun dah kurang maki orang kat facebook. Satu perubahan besar yang patut aku raikan. Kalau maki pun guna akaun sokernet. Yeah! 

Lepas ni aku nak target paling kurang pun dalam seminggu mesti ada dua entry. Biarlah takde orang baca pun pedulik apa aku. Yang penting bila aku dah jauh ke depan nanti aku tak lupa masa belakang aku. Kejahilan aku dan bagaimana sebelum ini aku berfikir menggunakan kepala bana.

Sebagai panduan agar aku tak tersasar dari tujuan aku.

Jadi lepas ni agak-agak boleh ke aku buat? Aku cuba. Mungkin.

Saturday, June 9, 2012

Oranje tersungkur.

Netherlands 0 vs 1 Denmark

Robben adalah seorang pemain yang bagus, tetapi jadi bangang tiba-tiba.
Van Persie adalah seorang penyerang yang hebat, tetapi jadi bangang tiba-tiba.
Huntelaar adalah seorang striker yang prolifik, tetapi jadi bangang tiba-tiba.
Afellay memiliki penyudah yang tajam, tetapi bangang tiba-tiba.

Hanya Sneijder sahaja menunjukkan persembahan yang mantap.

Harap penyakit bangang tiba-tiba dapat diubati oleh Van Marwijk sebelum pertemuan menentang Jerman nanti.



Afellay mengajar Agger cara untuk akrobatik dengan bangang.

Wednesday, March 28, 2012

Impian

Gua selalu mengelamun tatkala bersendirian di dalam jamban memerah hasil. Lamunan gua menerawang jauh sampai kadang-kadang susah nak dicapai oleh akal sihat. Gua pernah impikan nak kahwin artis. Sama je macam impian lelaki-lelaki lain. Dah tentulah nak artis yang cun-cun. Koman-koman pun macam Nora Danish. Tapi sebab rupa gua tak mencapai piawaian artis-artis, maka terpaksalah gua tengok artis kahwin dekat Nona je. 


Wednesday, February 29, 2012

Kuasa Oren di Tanah Inggeris

Robben meraikan jaringan bersama Huntelaar sebelum patah Hidung


Dua gol menarik dari Abang Long Robben dan satu tandukan padu maut Huntelaar memastikan kuasa oren tidak dapat digugat walaupun di tanah Inggeris. Kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang memberikan tiada pilihan lain selain maki hamun pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, The Oranje mungkin telah dijentik telur masing-masing oleh Jurulatih, Bert van Marwijk mula melancarkan serangan-serangan yang mengghairahkan. Larian solo Robben pada minit ke 56 berjaya membuatkan pertahanan England beraksi seperti ayam dan seterusnya melepaskan rembatan rendah melepasi jangkauan penjaga gol England, Joe Hart. Belum sempat penonton terpukau dan tersedak melihat gol Robben, Klas-Jan Huntelaar menanduk maut hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol untuk menghasilkan gol kedua negara bekas penjajah bibik itu. Gol itu menyebabkan Huntelaar terpaksa dihantar terus ke hospital kerana berlaga dengan kepala Chris Smalling. Huntelaar mungkin mendapat kecederaan serius patah hidung akibat tandukan itu manakala Smalling juga mem'follow' Huntelaar laju-laju akibat konkusi. Pada minit ke 85, Gary Cahill melepasi perangkap offside untuk menjaringkan gol pertama England. Mungkin mendapat inspirasi daripada kemenangan lewat permainan kelabnya, Ashley Young menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 91. Perlawanan seolah-olah kelihatan akan seri, tetapi Abang Long Robben membuktikan yang ngauman singa oren lebih mantap dan high pitch daripada singa Inggeris. Robben melambungkan bola dalam kotak penalti pada minit ke 92 membuatkan Joe Hart kelihatan seperti kelemasan dan menggapai-gapai tidak tentu hala. Perlawanan ini merupakan laungan amaran dari negara kincir angin tersebut untuk menghadapi Euro 2012 nanti, dan membuktikan yang singa Inggeris sudah mati pucuk dan tidak bernafsu lagi.


Sementara itu di Tanah Arab...


Eh bukan susah pun nak makan Belanda ni. Selambesayo je sepuluh bijik!

Friday, November 11, 2011

Perempuan Indon di malam hari




Pada suatu hari yang garang, gua berjalan seorang diri menyusuri lorong-lorong malam sekitar kampung gua. Perjalanan gua itu bukanlah dengan berjalan kaki dalam erti kata sebenarnya, tapi lebih kepada menunggang atau memacu motosikal automatik 4 lejang kepunyaan adik gua. Dalam perjalanan gua itu, gua lihat pemuda-pemuda kampung gua kurang mewarisi sifat-sifat garang dari generasi pemuda sebelumnya. Gua terpempan dengan senario yang berlaku tatkala itu disaat kampung amat memerlukan generasi yang garang-garang dan nilai sebenar seorang pemuda melayu yang mengagungkan Hang Tuah. 

Sebagai contoh, tiada siapa yang berani menyapa atau mem'peewit'kan seorang perempuan indon seksi dan ranum yang sedang berjalan kaki seorang diri melintasi mereka di malam hari. Jauh sekali hendak mengorat. Dari apa yang gua perhatikan, pemuda-pemuda generasi baru kampung gua ini hanya mampu menjeling nipis kearah dada perempuan indon itu. Hal ini amat berbeza sekali ketika gua dan generasi gua dahulu berada di usia mereka. 

Sedikit masa dahulu, jangan kata perempuan indon, mak-mak orang di kampung amat gerun sekali apabila melintasi kami. Apatah lagi anak-anak gadis. Ini kerana mereka takut tergoda dan terhanyut sehingga menyebabkan rumahtangga mereka berantakan disebabkan ayat-ayat manis dan janji palsu yang dilemparkan oleh kami. Sebolehnya mereka ingin menutup kepala dengan kotak dan berjalan memandang lantai apabila ternampak kami. Bayangkan, dengan hanya berbekalkan senyuman yang manis walaupun gigi berkarat dan kadang-kadang ada yang berterabur, generasi kami mampu menaklukkan hati wanita-wanita di kampung dengan garang. Ramai yang terpesona dengan kegarangan yang dipamerkan kami serta terpaut dengan kejelitaan wajah dan kemuliaan yang ditonjolkan sambil dilapisi oleh kepura-puraan. 

Kebanyakan dari kami jarang gagal dalam memikat hati wanita. Kalau adapun hanya kes-kes terpencil sahaja. Nasihat gua untuk generasi muda, peewit lah makwe yang lalu di depan anda sebelum di peewit oleh pemuda kampung sebelah. Sekian...