Friday, August 13, 2010

Perayau

sudah tertinggal gerabak. hampir semua kepala gerabak melewati bangku stesen saya berada bertampal simbol masing-masing. tidak pasti pula waktu saya ke bilik kecil atau kala high sorang-sorang di tengah kesibukan ramai memilih kepala gerabak masing-masing (waktu tertentu timbul juga ribut. setakat saya berdiri jadi saksi paling-paling untuk diri sendiri, skala ribut itu tidaklah pada skala ribut yang mengambil tempat di beberapa sempadan lain) tiba gerabak tanpa simbol.

jadi saya masih ketinggalan gerabak seperti mana empat tahun sudah. tidak mengapa. saya memilih mengelak dari lemas dengan mana-mana simbol dan sebarang gubahan olehnya.

mana mungkin mana-mana kepala gerabak boleh 'mendakwa' gerabaknya lebih laju, konsisten, tahan uji, pasti akan berjaya menghadapi cabaran sepanjang landasan menghala destinasi 'kala berebut' menarik penumpang pada saat papan info stesen memapan info gerabaknya belum pun bertolak dari landasan pertama? malah sebahagian simbol mewakili kepala gerabak itu tidak pun pernah memulakan perjalanan di mana-mana stesen.

tidak mengapa. nature merebut hingga ke tempoh semasa memang begitu. akan datang pada sekian-sekian hari mungkin kesudahannya ia bertarikh luput.

jadi macam mana saya mahu ke destinasi tanpa gerabak? macam mana pula saya boleh tiba ke sana jika tidak ada satu pun kepala gerabak menghala padanya. mungkin landasannya pun belum ada. hanya ada dalam kepala saya.
........
saya berkesempatan menoleh papan info terkini di stesen ibu kepada mana-mana stesen dan ia memapan info kepala-kepala gerabak yang berpusat di stesen Ipoh sudah pun ditampal simbol baru. pilihan teramai orang sana ialah sebagai penumpang gerabak itu. mungkin pada saat saya merayau di Tronoh sekarang kepala gerabak bersimbol baru itu sudah bertolak buat kali pertama. jadi, atas asas kita semua lahir seterusnya bukan kerana paksaan memilih menerus hidup di atas Tanah Malaysia ini, dari saya, selamat memula perjalanan dan selamat sampai ke destinasi ditetapkan.

saya dan teman-teman sespesies tidak bergerabak - tanpanya kami melangkah juga. terus merayau tanpa mengkelompok dengan apa-apa simbol kerana destinasi kami pada banyak keadaan kami sendiri tidak tahu, apa lagi pasti di mana. ada ketika destinasi itu muncul (bukti saya pun berdestinasi seperti disebut di para sebelum titik garis pemisah) dan sungguh saya sangat pasti, kala saya terbang tinggi. sebaik turun kepastian tadi hilang dengan sendiri...

2 comments: