Wednesday, March 28, 2012

Impian

Gua selalu mengelamun tatkala bersendirian di dalam jamban memerah hasil. Lamunan gua menerawang jauh sampai kadang-kadang susah nak dicapai oleh akal sihat. Gua pernah impikan nak kahwin artis. Sama je macam impian lelaki-lelaki lain. Dah tentulah nak artis yang cun-cun. Koman-koman pun macam Nora Danish. Tapi sebab rupa gua tak mencapai piawaian artis-artis, maka terpaksalah gua tengok artis kahwin dekat Nona je. 


Wednesday, February 29, 2012

Kuasa Oren di Tanah Inggeris

Robben meraikan jaringan bersama Huntelaar sebelum patah Hidung


Dua gol menarik dari Abang Long Robben dan satu tandukan padu maut Huntelaar memastikan kuasa oren tidak dapat digugat walaupun di tanah Inggeris. Kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang memberikan tiada pilihan lain selain maki hamun pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, The Oranje mungkin telah dijentik telur masing-masing oleh Jurulatih, Bert van Marwijk mula melancarkan serangan-serangan yang mengghairahkan. Larian solo Robben pada minit ke 56 berjaya membuatkan pertahanan England beraksi seperti ayam dan seterusnya melepaskan rembatan rendah melepasi jangkauan penjaga gol England, Joe Hart. Belum sempat penonton terpukau dan tersedak melihat gol Robben, Klas-Jan Huntelaar menanduk maut hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol untuk menghasilkan gol kedua negara bekas penjajah bibik itu. Gol itu menyebabkan Huntelaar terpaksa dihantar terus ke hospital kerana berlaga dengan kepala Chris Smalling. Huntelaar mungkin mendapat kecederaan serius patah hidung akibat tandukan itu manakala Smalling juga mem'follow' Huntelaar laju-laju akibat konkusi. Pada minit ke 85, Gary Cahill melepasi perangkap offside untuk menjaringkan gol pertama England. Mungkin mendapat inspirasi daripada kemenangan lewat permainan kelabnya, Ashley Young menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 91. Perlawanan seolah-olah kelihatan akan seri, tetapi Abang Long Robben membuktikan yang ngauman singa oren lebih mantap dan high pitch daripada singa Inggeris. Robben melambungkan bola dalam kotak penalti pada minit ke 92 membuatkan Joe Hart kelihatan seperti kelemasan dan menggapai-gapai tidak tentu hala. Perlawanan ini merupakan laungan amaran dari negara kincir angin tersebut untuk menghadapi Euro 2012 nanti, dan membuktikan yang singa Inggeris sudah mati pucuk dan tidak bernafsu lagi.


Sementara itu di Tanah Arab...


Eh bukan susah pun nak makan Belanda ni. Selambesayo je sepuluh bijik!

Friday, November 11, 2011

Perempuan Indon di malam hari




Pada suatu hari yang garang, gua berjalan seorang diri menyusuri lorong-lorong malam sekitar kampung gua. Perjalanan gua itu bukanlah dengan berjalan kaki dalam erti kata sebenarnya, tapi lebih kepada menunggang atau memacu motosikal automatik 4 lejang kepunyaan adik gua. Dalam perjalanan gua itu, gua lihat pemuda-pemuda kampung gua kurang mewarisi sifat-sifat garang dari generasi pemuda sebelumnya. Gua terpempan dengan senario yang berlaku tatkala itu disaat kampung amat memerlukan generasi yang garang-garang dan nilai sebenar seorang pemuda melayu yang mengagungkan Hang Tuah. 

Sebagai contoh, tiada siapa yang berani menyapa atau mem'peewit'kan seorang perempuan indon seksi dan ranum yang sedang berjalan kaki seorang diri melintasi mereka di malam hari. Jauh sekali hendak mengorat. Dari apa yang gua perhatikan, pemuda-pemuda generasi baru kampung gua ini hanya mampu menjeling nipis kearah dada perempuan indon itu. Hal ini amat berbeza sekali ketika gua dan generasi gua dahulu berada di usia mereka. 

Sedikit masa dahulu, jangan kata perempuan indon, mak-mak orang di kampung amat gerun sekali apabila melintasi kami. Apatah lagi anak-anak gadis. Ini kerana mereka takut tergoda dan terhanyut sehingga menyebabkan rumahtangga mereka berantakan disebabkan ayat-ayat manis dan janji palsu yang dilemparkan oleh kami. Sebolehnya mereka ingin menutup kepala dengan kotak dan berjalan memandang lantai apabila ternampak kami. Bayangkan, dengan hanya berbekalkan senyuman yang manis walaupun gigi berkarat dan kadang-kadang ada yang berterabur, generasi kami mampu menaklukkan hati wanita-wanita di kampung dengan garang. Ramai yang terpesona dengan kegarangan yang dipamerkan kami serta terpaut dengan kejelitaan wajah dan kemuliaan yang ditonjolkan sambil dilapisi oleh kepura-puraan. 

Kebanyakan dari kami jarang gagal dalam memikat hati wanita. Kalau adapun hanya kes-kes terpencil sahaja. Nasihat gua untuk generasi muda, peewit lah makwe yang lalu di depan anda sebelum di peewit oleh pemuda kampung sebelah. Sekian...

Sunday, June 19, 2011

Hikayat Steve si Lembu Eropah. Part 4



Sementara itu di hujung kampung, di kandang berupa suite, Steve sedang enak bersantai sambil menonton rancangan kegemaran beliau iaitu American Next Top Model. Steve ditemani oleh Maria, seekor lembu janda meletup di Kampung Lipat Tepi. Sambil memicit-micit badan Steve, Maria menyuapkan rumput stadium Wembley ke mulut Steve. Steve benar-benar dilayan bagaikan raja. 

Pak Karim hanya memerhatikan sahaja pasangan itu dari jauh. tidak sampai hati pula rasanya untuk dia mengacau daun. Apa yang penting baginya ialah kebahagiaan lembu kesayangannya itu. Biar cukup makan zahir batinnya. Baginya, Steve adalah segala-galanya. Beliau sanggup berhabis asalkan dapat memenuhi keperluan Steve. Pernah pada suatu hari Steve mogok tak mahu makan kerana merajuk Pak Karim tidak membelikannya belon ketika berjalan di bandar, haru biru Pak Karim jadinya. Sudahnya terpaksa la Pak Karim menyewa khas belon udara panas untuk membawa Steve bersiar-siar di udara.

Setelah menonton rancangan American Next Top Model, Steve bangun dan mula menjeling gatal kepada Maria. Rancangan berunsurkan 18sx itu benar-benar menaikkan mood Steve untuk bertempur. Maria tersenyum malu-malu kucing walaupun sedar yang dirinya tetap lembu, dia cuba juga untuk beraksi gatal seperti kucing. Steve mengangkat kening memberi isyarat. Maria makin mengucing. Mereka berdua pun beriringan menuju ke bilik khas yang disediakan oleh Pak Karim sebagai tempat untuk mereka beradu. Walaupun lembu, mereka tahu malu.

Sementara itu di padang tempat berkumpulnya lembu-lembu Kampung Lipat Tepi, keadaan makin panas dengan kepulangan Saiful secara tiba-tiba itu. Lebih panas lagi keadaan Saiful yang telah berubah sepenuhnya menjadikan beliau kelihatan sangat macho seperti Sazali Samad dalam versi lembu. Leman terutamanya adalah lembu yang paling batak sekali waktu itu. berkali-kali beliau menggosok mata, menarik pipi, menggigit lidah dan menarik bulu ari-ari sendiri untuk memastikan dirinya tidak bermimpi. Sudahnya, mata berpinar, pipi lebam, lidah berdarah, ari-ari cedera ringan, muka tetap hodoh. Leman gagal kerana dirinya tidak bermimpi.

Sarip yang telah sedar dari pengsan terpinga-pinga dengan keadaan yang riuh rendah ketika itu. Sejenak dia tersedar tentang punca kepengsanannya. Ya! Apa yang dilihatnya benar. Saiful yang dulunya menjadi mangsa buliannya kini telah berubah. Hilang arah dia memikirkan tentang apa yang baru dilihat dengan mata lembunya sendiri. Dulunya Sarip pernah menyuruh Saiful membersihkan telinganya dengan cara menjilat. Dulunya Sarip pernah menyuruh Saiful menjadi papan skate boardnya kerana terpengaruh dengan game 'Tony Hawk Pro Skater'. Itu semua dulu...(bersambung)

Bolasepak

Gua nak cerita tentang keakraban gua dengan bola. Dari sejak gua lahir lagi abah gua dah hadiahkan gua bola. Sebab abah gua nak asah bakat gua supaya suatu hari nanti gua dapat bermain bola dengan hebat dan tak makan rasuah. Pada masa gua kecik lebih kurang dalam umur lima enam tahun tatkala masyarakat sebaya gua sibuk dengan ultraman dan gaban, gua turun berlatih bola petang-petang dengan abah gua. Setiap hari gua menantikan kepulangan abah gua untuk mengambil gua dan bawa turun ke padang. Hebatnya gua pada masa tu ialah gua boleh meng‘ayam’kan abah gua dengan selamba dan tawaduk. Gua tau abah gua bukan saje-saje bagi gua ayamkan dia tapi sebab gua memang power. Setiap petang abah gua akan berpeluh-peluh mengejar gua yang ligat berlari sambil meninggalkan bola di taman. Haa nampak? Power kan gua.

Disebabkan bakat gua yang luarbiasa hebat, pada usia gua 10 tahun gua dah terpilih untuk menjalani latihan di FAM. Okey ini cerita betul. Gua terpilih setelah seorang pencari bakat telah berjaya mengesan kehebatan gua semasa pertandingan bolasepak antara sekolah-sekolah. Kalau lu orang kenal nama Titus James Palani, lu orang akan tahu betapa hebatnya gua pada masa tu. Mamat tu pernah menjadi partner striker gua dalam skuad bawah 12 tahun kebangsaan. Kehebatan kitorang dibawa hingga ke Filipina untuk dibelasah tanpa belas kasihan oleh pasukan-pasukan sana. Lu bayangkan masa tu semua masih muda dan anak mak. Jadi kami takde semangat sangat nak main pasal rindukan keluarga. Sebenarnya gua rindu nak tengok cerita Power Rangers petang-petang. Kalau kitorang main betul-betul gua jamin yang budak-budak sana akan insaf dan taknak main bola atau mendengar sesuatu tentang bola lagi. Pehh!

Naik sekolah menengah gua dah tak main untuk kebangsaan lagi. Ini disebabkan komitmen gua pada aktiviti awal remaja seperti lastik burung, lumba basikal, lempang adik-adik, main saham, baling batu kat rumah tok ketua, dan menembak. Okey menembak gua tipu. Gua masih lagi main bola tapi gua lebihkan aktiviti remaja gua. Sebab satu hari nanti gua ada benda yang nak diceritakan pada anak-anak gua. Barulah nampak ada life kan? Gua main peringkat negeri je masa tu. (Sebenarnya gua tak terpilih untuk peringkat kebangsaan) Jadi kehidupan remaja gua pada masa tu amat menyeronokkan. Gua mula belajar mengenali rokok. Tu la punca kemerosotan prestasi gua. Pengaruh dari kawan-kawan yang berperangai iblis telah merosakkan masa depan negara kerana belia macam gua ni mampu untuk membawa perubahan besar dalam arena bolasepak negara. Lu bayangkan kalau gua terus main bola, dah tentu Malaysia dapat merasa pegang World Cup paling kurang tiga empat kali. Sila kagum.

Lepas sekolah gua teruskan juga aktiviti main bola. Balik kerja gua akan singgah di padang untuk menunjukkan kehebatan gua kepada brader-brader yang main bola di padang sekolah gua. Brader-brader tu sampai nak mintak sain kat dada lagi gua cakap lu. Tak caya tanya gua. Macam-macam orang gua kenal sepanjang penglibatan gua dalam sukan nombor satu dunia ini. Gua pergi bermain ke setiap pelusuk negeri membawa bersama misi dan visi mencari awek luar. Lu bayangkan, gua dah la hensem, terer lak tu, mane tak senang dapat awek. Gua kenyit sikit je dahi awek-awek dah berpeluh.

Tapi masa umur gua 20 tahun gua terpaksa lupakan bolasepak selamanya. Lutut gua mungkin dengki pada gua. Gua dah tak mampu untuk menahan kesakitan setiap kali beraksi. Kejadian tu terjadi masa gua main petang-petang dengan brader-brader yang memandang tinggi pada gua yang gua cakap tadi. FAS taknak menanggung kos untuk pembedahan gua sebab gua dah langgar kontrak dengan main petang-petang. Kalau kecederaan tu berlaku di bawah pemantauan FAS, diorang akan tanggung. Kejadah apa nak main dengan kawan-kawan pun tak boleh? Bukan sikit-sikit. RM20k++ kos yang diperlukan untuk menjalani pembedahan supaya lutut gua kembali normal. Jadi gua terpaksa tinggalkan bolasepak demi kebahagiaan isteri gua satu hari nanti. Kahwin esok lutut mau kuat ye tak? Dan negara kehilangan sebutir bintang.
   

Saturday, June 18, 2011

Punca

Gua berniat untuk menyambung cerita gua malam ni. Tapi disebabkan tuntutan tugasan gua sebagai pelajar yang bernaung di bawah institusi kerajaan, maka gua tangguhkan dulu. Cewah cakap macam ada pengikut plak. Okeylah, gua mengaku gua macam syok sendiri pun ada. Terhegeh-hegeh promote blog gua kat orang suruh baca. Bukan apa, gua perlukan sokongan dan komentar sebagai semangat untuk gua terus menulis. Gua pun manusia biasa jugak. Perlukan belaian dan kasih sayang (eh?). Jangan salah faham! Maksud gua, perlukan kata-kata tentang penghasilan gua, tak kira la samada baik atau buruk. Sebab gua nak jadikan penanda aras tentang ke mana arah tuju penulisan gua selepas ni.

Cakap banyak pun bukan ada yang baca. Kalau ada pun hanya segelintir kawan-kawan rapat gua. Tu pun tak tinggalkan jejak. Jadi mana gua nak tau yang blog sampah gua ni ada pembaca atau tak? So setiap hari gua menulis dengan berkhayal tentang blog gua ni sehebat blog hilangpunca pipiyapong dan semantap sembang kencang fdausahmad. Brader dua orang ni memang menjadi idola paling atas gua dalam penulisan blog ini selain obefiend, nazri m annuar, dan j or ji. Mereka-mereka ni la penyebab gua memilih bidang penulisan sebagai kursus gua di dalam UiTM.

Cuma di UiTM ni gua rasa kreativiti gua disekat. Gua tak bebas untuk menghasilkan apa yang gua mahu. Semuanya ada panduan dan mesti mengikut skema yang telah ditetapkan. Apa celaka ini semua! Gua serius! Gua ingin berkarya dengan bebas. Sebab tu la gua tulis blog. Supaya apa yang ada dalam kepala gua ni dapat dikeluarkan dengan bebas tanpa ada sekatan. Dan gua nak lu orang yang baca ni komen la walau satu ayat. Sape tak komen serius gua kecik hati. Bila gua kecik hati, gua merajuk. Bila gua merajuk, gua tak tulis. Bila gua tak tulis, gua tension. Bila gua tension, gua mengamuk. Bila gua mengamuk, gua tumbuk orang. Haa nampak! Nampak tak kesan kalau lu orang baca tapi tak komen. Tak pasal-pasal gua tumbuk orang yang tak bersalah. Kesalahan tu sebenarnya bermula dari lu orang. Pasal lu orang la punca mangsa tumbukan gua. Jadi lu orang kena bertanggungjawab dalam memberikan duit ubat kepada mangsa. Bukan gua okey. So untuk mengelakkan benda ni dari berlaku, baik lu orang komen. Gua tak paksa, tapi gua suruh. Faham!

Friday, June 17, 2011

Hikayat Steve si Lembu Eropah. Part 3

"Woooiih!"


Jerit satu susuk tubuh lembu tegap dari kejauhan. Bukan tegap main-main. Tegap jenis ada ketul-ketul. Tegap jenis angkat besi punya badan. Dan tubuh tegap itu melangkah segak merapati keramaian himpunan lembu-lembu Kampung Lipat Tepi. 


Hadirin menjadi cuak melihat langkahan gagah tubuh tegap itu. Lantas suasana menjadi sepi seketika. Seolah bumi dilanggar garuda. Seolah melihat pintu gol Malaysia dibolosi pada saat terakhir dalam final piala dunia. Begitu sepi suasana ketika itu. 


Sarip sebagai ketua lembu di Kampung Lipat Tepi cuba mengamati gerangan siapakah yang berani menganggu mesyuarat tergempar itu. Dengan pengalaman yang ada, Sarip cuba membuat lawak untuk menghidupkan suasana yang semakin bisu dek kerana langkahan tubuh tegap tadi yang semakin merapati mereka. Niat di hatinya agar hadirin yang ada akan mengalih perhatian kepadanya. Tetapi, lawak Jozan yang ingin dipersembahkan diterima bagai lawak Amir di dalam Maharaja Lawak. Tiada ketawa ikhlas yang terbit dari mulut para hadirin. Mereka berusaha untuk gelak dengan cuba menggeletek tapak kaki mereka, tetapi apa yang keluar hanya ketawa kesian yang nampak palsu semata-mata. Sarip kecewa.


Tubuh tegap tadi mengambil tempat Sarip yang berdiri di sebelah al-Fadhil Ustaz Amirul.


"Hangpa semua tak kenai aku ka? ni aku la Saiful..."


Kata si tubuh tegap tadi kemas sambil melempang kepala Sarip yang tak reti duduk diam dan kelam kabut sebijik macam Amir.


"Hah?! Saiful?! Saiful Jubo tu ke?!"


Jawab lembu-lembu secara berjemaah.


"Erk? Hmmm..."


Tubuh tegap menjawab secara mengeluh.


Sarip pengsan. Leman hampir pitam. Manakala al-Fadhil Ustaz Amirul pula terkejut lantas terangkat kopiah yang berada diatas kepalanya tepat di antara kedua-dua tanduk sambil jarinya semakin laju mengira tasbih dengan mulut yang terkumat-kamit. Tidak jelas apa yang dituturkan oleh al-Fadhil Ustaz Amirul dalam keadaan yang serba tak kena itu. Ada pula lembu yang berbuih mulut diserang sawan secara tiba-tiba. Tak kurang juga ada yang menggigit tanduk kawan sebelah. Mereka semua terkejut dan tidak percaya dengan apa yang dilihat mereka. Saiful. Satu nama yang sangat dekat dengan mereka. Dekat bukan kerana kepintaran atau karismanya, tetapi kerana satu peristiwa yang sangat-sangat menggemparkan mereka. 


Dahulunya Saiful adalah seekor lembu yang lembut. Bukan jenis lembut biasa-biasa. Tapi jenis lembut jari lentik. Jenis lembut yang menjerit auuww bila kena cubit puting tetek. Jenis lembut belakang Chow Kit. Saiful pernah menggegarkan Kampung Lipat Tepi kerana mengaku telah dijubo oleh Ali Mahat, seekor lembu yang dipandang tinggi ketika itu. Lembu yang menjadi pemimpin kepada persatuan lembu-lembu peringkat kebangsaan. Ketika itu kedudukan Ali Mahat sangat kukuh. Nama Ali Mahat meniti di bibir-bibir masyarakat lembu seluruh negara kerana telah memperkenalkan kaedah penanaman rumput secara hidroponik. Ali Mahat adalah seorang pemimpin yang berdedikasi dan sangat dekat dengan lembu. Beliau telah membawa pembaharuan di dalam struktur kepimpinan Persatuan Lembu sekaligus menghapuskan gejala rasuah yang sangat teruk melanda ketika itu. 


Tetapi tindakan dan ketegasan Ali Mahat dalam memimpin tidak disenangi oleh beberapa ekor lembu berpangkat Dato'. Bagi mereka Ali Mahat telah mengacau periuk rumput mereka. Ali Mahat bukan sahaja telah menabur pasir kedalam rumput, malahan telah berak ketika mereka sedang meragut rumput. Keadaan ini menimbulkan perasaan amarah kepada mereka. Lantas Ali Mahat dijatuhkan oleh musuh-musuh politiknya. Mereka telah menuduh Ali Mahat sangat kuat bermain jubo. Saiful telah diperkambinghitamkan dengan tujuan supaya Ali Mahat jatuh. Ketika itu musuh-musuh politk Ali Mahat telah memberi rumput yang mahal dan gred A yang hanya ada di stadium Manchester United. Saiful yang kelabu mata lantas menerima pelawaan mereka tanpa memikirkan mak bapak di kampung. Apa yang dia nampak ketika itu hanyalah keenakan menjamah rumput yang diperkaya dengan vitamin C itu. Selepas memberi pengakuan palsu di mahkamah lembu negara, Siful menghilangkan diri. Bertahun-tahun lembu-lembu tidak melihat Saiful. Saiful menghilangkan diri bersama himpunan longgokan rumput-rumput gred A sebagai habuan perjanjiannya dengan musuh politik Ali Mahat.


Tapi kini keadaan sudah berubah. Saiful tidak lembut lagi. Malah telah berubah menjadi jantan sebenar. Dengan halkum tersembul dan bahu yang berotot kekar diikuti pula sepasang tanduk yang sangat panjang dan tajam berwarna hitam pekat. Kejantanan Saiful benar-benar terserlah. Beliau telah berubah sepenuhnya. Tiada lagi lenggok-lenggok gatal bagai itik patah pinggang. Tiada lagi lipstik merah menyala dibibir Saiful. Tiada lagi rengekan di setiap hujung ayat bila berkata-kata. Semuanya berubah jantan. Kembali ke asal. Pulangnya Saiful membawa satu hajat besar...(bersambung)